Saturday, February 12, 2011

Perlu atau sebaliknya ....... PPA (Penilaian Prestasi Anggota)

Hehhehehhe berkobar-kobar menceritakan keadaan semasa di pelbagai lokasi yang telah, sedang dan akan dijalankan. Ada perasaan simpati terhadap sahabat-sahabat yang akan menjalani sessi tersebut.

Yang tak bestnya ..... ada lokasi mengikut kreteria sepertimana yang dimahukan oleh Jabatan dan syarikat, tapi dalam masa yang sama ada juga yang lari dari kreteria-kreteria tersebut.

Yang telah beria-ia menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun ada ketikanya langsung tak dipandang malah dikomen pulak dengan alasan yang tak masuk dek akal. Antara alasan yang diberikan "itu da kerja awak" ...... hahahahha pergghhh berapi beb bila kena macam tu.

Yang tak beria-ia menunjukkan prestasi sepanjang tahun tapi nak rasa gak rating terbaik PPA kira macam malu-malu kucing jek bila direkemen then konon macam dia yang terbaiklah bila rekemen tu dipersetujui, walaupun dia sedar MC / Cuti Kecemasan atau rekod lewat hadir tugas terlalu banyak diberikan kepadanya. Lu pikirrrrr la sendiri .......

Walabagaimana pun apa yang penting rezeki ditangan Allah s.w.t cuma kita yang diberi akal untuk menentukan kedudukan kita, samada perlu berusaha atau sekadar cukup dengan apa yang diberikan.

Kepada rakan-rakan saya, Selamat berjuang.

Walla hu alam.

3 comments:

  1. Bro..... Lu dah kerja brapa tahun dah...... Takkan le ko tak sedar. Mmg itu le rupanyer. Jgn pedulik penilaian org..... Yg penting penilaian kat dalam kubur nanti..... Isu PPA takkan selesai selagi manusia menilai manusia.

    ReplyDelete
  2. naza : hihihhhi lumrah dunia dan bagi motivasi pada member yang frust ....... sian kat diorang .....

    ReplyDelete
  3. adatlah bro..... rezeki masing2... yg penting sabar... jika ada rezeki kita xkemana...-maliki

    ReplyDelete