Tuesday, July 3, 2012

Bandung Indonesia Syurga Shopping

Assalamualaikum

Lamanya tak updated blog .......

Disebabkan tersangat sibuk dengan tugasan, sampaikan tak sempat langsung nak jengah blog sendiri. Aduyai !!!! Nyway, takper tunggu je citer baik dari trip kami ke Bandung, Indonesia nanti. Siap gambar lagik.

Secara ringkas Bandung memang syurga shopping.

Tuesday, May 31, 2011

PERADUAN BLOG

Assalamualaikum wbt


Hihihihihhihi kali saya buat kelainan sikit.


Saya bercadang untuk mengadakan peraduan atau pertandingan dalam blog saya. Sebelum itu saya ingin minta pendapat dan pandangan anda tentang perkara ini.

  1. Adakah sesuai saya adakan peraduan atau pertandingan di blog saya?
  2. Peraduan atau pertandingan apakah yang sesuai?
  3. Siapakah yang layak?
  4. Apakah syarat-syarat kelayakan menyertai peraduan atau pertandingan ini?
  5. Patutkah hadiah disediakan?
  6. Patutkah bayaran dikenakan bagi menyertai setiap peraduan?
Ayuh luahkan pendapat dan pandangan anda .............

Thursday, May 26, 2011

PENIMBANG EMAS DAN FAMILY KU

Assalamualaikum ...................

Lama dah tak update blog ni hah. Nak start tu yang malas, baru usik, memacam keje plak sampai, ni pun update dari opis jek. 

Wow, tengok atau tahu tak yang harga Emas Dunia sekarang sedang dalam keadaan mencecah ke paras luar jangkaan. Hujung tahun ini jangkaan ke paras 2000 kemungkinan boleh berlaku jika keadaan dunia berada pada kedudukan stabil tanpa ada isu atau agenda panas.

Eerrrmmm, dalam pada itu jugak, maka sehingga kini, bising isteri saya apabila beberapa 'gram rantai dan loket' sampai ke tangan dia tanpa pengetahuannya terlebih dahulu.

Kawan-kawan saya yang tengah kaya tu, duit jangan bazir, kalu nak beli barang, beli barang yang perlu je la, yang lain tu, tak payah la. 10 ribu tu bang, 2 hari je leh habis bang.

Apa kata meh sini, letak 2 ribu saya managekan .......????? Mesti takut kan...... 

Tak la (tapi kalau percaya tak jadi masalah untuk saya tolong)........ manage sendiri je duit tuh, pergi kedai emas beli yang murah-murah punya. Beli cincin ke, anting-anting ke, yang gramnya tak sampai 1 gram pun. Harga upah bagitahu ngan cina tu, potong habis. RM5 cukup untuk upah semua benda tu. Hehehehe berani keh??????

Sekarang ni, keluarga saya memasing sibuk menimbang emas yang diorang pakai (sejak ada penimbang emas), kejap-kejap call.

"Along, nanti bawak balik penimbang ya, kita orang nak timbang orang punya emas" hehehehhehe Alhamdulillah strategi saya berjaya menarik minat diorang. Sbb apa saya kata gitu. Sbb bila diorang timbang emas, saya pulak calculate harga terkini ngan harga emas terpakai.......

Memasing sume seronok bila saya bagikan comparision harga masa diorang beli dulu ngan harga sekarang. Memang 2 atau 3 kali ganda naik. Itu bukan 5 atau 10 tahun lepas tau, tapi dalam masa 5 tahun kebelakangan ini.

Maka dengan itu kami pun berkongsilah cerita keluarga. 

Untuk isteri, mak, ayah, mak mertua dan bapak mertua saya ...... thanks a lots kerana bagi sokongan dan motivation yang teramat sangat pada saya.

Ermmm tengah-tengah menaip ni hah, KITCO suam-suam kuku je, bak kata member-member emas saya, angin sepoi-sepoi bahasa. Saham PCHEM saya plak nampak makin stabil walaupun ramai kakitangan atau yang lain-lain ambil kesempatan untuk menjual saham tersebut pada harga yang sedang main cuit-cuit 7.19 - 7.20.

Okla ...... rasanya cukup kot untuk kali ini. 

Pada kawan-kawan saya, duit tu bro, jangan buas sangat. Telefon saya 24 jam online leh dapatkan petua sbb saya nak kawan-kawan saya jadi macam saya jugak, tak nak bagi kat orang lain. Kepada 2, 3 orang sahabat saya yang sedang berusaha, teruskan ilmu dan perjuangan anda bro.

Jangan sampai one day kita terkira-kira, mana g nyer duit gaji aku ya ...... masa tu, da takleh patah balik da sbb duit da tak ada .....

Assalamualaikum .........

Monday, May 9, 2011

KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA


                                                             Bank Negara Malaysia

Tuan,
Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai
perkara di atas.
Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas
bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan
dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas
diperlukan daripada Bank. Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati
pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan
berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan
mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi
pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga
boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank
dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut
di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini,
sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar
tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi
kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk
senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman
web kami seperti di pautan berikut:
Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam
laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank
untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.
Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara
haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada
aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau
aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan
isu-isu kewangan untuk makluman.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila
layari
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari
Terima kasih.
Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my 
*Sumber Pengarah Urusan GCP

Friday, May 6, 2011

OSAMA dan sahamku ......

Assalamualaikum 

Al-Fatihah atas kematian pejuang Islam yang kita kenali Osama Laden. 

Huh !!! Berita memaklumkan beliau telah terbunuh dalam serangan baru-baru ini. Impaknya tersangat besar kepada semua industri termasuk pasaran saham dan emas ....... huhuhuhuhuhu .........

Tak pasal-pasal, semua jatuh, saham jatuh, emas jatuh dan banyak lagik. Apakah kaitan Osama dengan semua ini. Kenapa pulak bila Osama telah dibunuh, semua perkara ini menjadi isu????

Besar sangatkah peranan Osama kepada dunia????
Jahat sangatkah Osama kepada dunia????
Kenapa Negara barat cukup takut dengan Osama????
Kenapa mereka ingin sangat membunuh Osama????

Aduyai !!!!!!

Nak tak nak terpaksa jugak memikirkan keadaan tersebut, dan yang menjadi masalahnya MASA NI LA PULAK saham jatuh ............ emas??????

Emas .... kepada follower Emas, masa ini lah nak tambah menambah simpanan fizikal anda, harga emas hari ini melepasi harga emas 2 minggu yang lepas.

GoldCrest Pavilion Sdn Bhd
EmasKami JualKami Beli
Dinar 999.9RM: 711/pcRM: 604/pc
Gold Bar GCP 10gRM: 1660/pcRM: 1410/pc
Gold Bar GCP 20gRM: 3320/pcRM: 2820/pc
Gold Bar GCP 50gRM: 8250/pcRM: 7000/pc
Gold Bar GCP 100gRM: 16500/pcRM: 14000/pc
Rantai Tangan 999RM: 166.28/gRM: 141.34/g
Kemaskini pada :06 May 2011 - 10:14:05









Jumpa lagi .....

Thursday, April 28, 2011

Belasah je laaaaaa

Hahahahhahaha .........


Esok da penghujung Kejohanan Badminton Piala Senior Manager 2011. Esok jugak la, sume boss-boss ni nak tunjuk bakat. Berentap antara satu sama lain. 


Plan awal diorang nak belasah kita-kita ni, tapi disebabkan nak menjaga hati dan perasaan diorang, terpaksala dibatalkan kerana AKU je yang tahu condition diorang ni. huhuhu sorry boss .......


So terpaksala aku arrangekan game untuk diorang-diorang jek. Bukan apa kalu kalah malu .......hihihihi


Kita-kita ni kalu diajak memang nak belasah punya boss-boss ni, tapi nanti akula yang jenuh nak berjawab plak ........sbb aku tau korang bab hentak mengentak ni memang feberet korang.


Aku buat mixed double yang aku campurkan diorang dengan diorang sendiri, sebagai umpan aku bagi ladies antara kita-kita. 


Boss, seyes cakap bukan tak leh nak bagi main ngan kitaorang .......... kitaorang terlalu hebat la boss ....wakakkakka (gelak dibuat-buat sambey panang belakang takut Tn Zack ngan Tn Deris belasah aku)


Untuk kita-kita, aku mintak mahapla sebb tak benarkan korang membelasah boss-boss. Tak bek dowh. Tak bek derake ngan boss. hihihihihi (kira bodek balik boss la).


Sepanjang kejohanan aku memang 'suspek'la ngan korang sbb korang memang nampak macam star. Kalah Lin Dan atau pemain senior China. 


Ko bayangkan sanggup beli reket 'riban-riban', kasut ngalah kasut 'topik hidayat', siap buat jersi lagik walaupun jersi tu nampakkkkkkk 'ok ok la' (sorry beret- lu memang kreatif)


Yang best sepanjang sebulan preparation memang gempak, training bagai nak 'giler', tapikan (sambey cakap bisik-bisik, memang lumrah Jabatan aku (kita-kita ni), biar nampak macam 'Star' tapi 'men' macam ................hhiiiihihhih.)


Tapikan aku hengat korang jek macam tu, rupanya tidak. Boss-boss pun macam tu gak. Siap training lagik (kunun nak menang la tu), yang paling aku suspek diorang ni siap susun strategi lagik, mentangla boss, siap panggey partner ngadap lagik (kunun amik moodla) ....wakakkakaka boss bossssssss.


Btw jangan lupa esok kita meramaikan TTFC dari jam 1400 - 2130 sbb penuh da program haritu aku buat. Penyampaian hadiah termasuk makan-makan untuk kita-kita sok petang. 50 hadiah cabutan bertuah berupa barangan badminton untuk kita-kita gak termasuk 'surprise' grand prize. Tahniah pada pemenang .......


Okla .... da malam da .... last aku nak bagitahu korang, 


Apa pun duit jangan bazir, ngumpul sikit-sikit emas dari duit korang tah kemana korang campak, mana yang tak masuk Public Mutual lagik, meh sini statement epf korang, aku kirakan (layak ke tak), yang penting bukan untuk aku, tapi untuk korang jugak.


See you in court ........Assalamualaikum.

Sunday, February 20, 2011

INTER SYIF CSD 2011



Mac - Apr 2011 - Badminton Inter CSD 2011

Mei - Jun 2011 - Futsal Inter CSD 2011 / Paintball Inter CSD 2011

Jul - Ogos 2011 - Bolasepak Inter CSD 2011
Sept - Okt 2011 - Bola Tampar Inter CSD 2011 / Bowling Inter CSD 2011

Nov - Dis 2011 - Sosial recreation 2011 - mencapai bintang (jungle tracking)

waiting slot :

# perlawanan persahabatan sambil lawatan ke loji (terengganu) 

# Sosial recreation - Gunung Nuang - waiting proposal. 

# Open Dart Tournament 2011

Date : Slot weekday / weekend
Venue : Lvl CC KLCC