Sunday, February 20, 2011

INTER SYIF CSD 2011



Mac - Apr 2011 - Badminton Inter CSD 2011

Mei - Jun 2011 - Futsal Inter CSD 2011 / Paintball Inter CSD 2011

Jul - Ogos 2011 - Bolasepak Inter CSD 2011
Sept - Okt 2011 - Bola Tampar Inter CSD 2011 / Bowling Inter CSD 2011

Nov - Dis 2011 - Sosial recreation 2011 - mencapai bintang (jungle tracking)

waiting slot :

# perlawanan persahabatan sambil lawatan ke loji (terengganu) 

# Sosial recreation - Gunung Nuang - waiting proposal. 

# Open Dart Tournament 2011

Date : Slot weekday / weekend
Venue : Lvl CC KLCC

Wednesday, February 16, 2011

Mencanak-canak naik .......ermmmm

Assalamualaikum wbt semua rakan blogger dan salam sejahtera.


Apa nak cerita ek hari ni? Kadang boring gak tak tau nak masukkan pape dalam blog ni. Bila xde blog rasa nak ada ...... macam-macam idea kuar masa tu, bila da ada, tak tahu nak tulis apa plak.


Punyala excited ngan blog aku ni hah, puas godek, adjust dan macam-macam lagik ...... semalam tak pasal-pasal aku tido kul 3 pg.hehehhehe (syyyyy korang jangan kecoh beb). Kang tau dek bini aku, bising dia. Da sah-sah la aku kena bebel. I luv you mummy (hihihihi ayat bodek). Haaaar korang mesti ingat aku takut bini punya kan .... sorry beb. Bini aku yang tak takut aku. 


Pusing punya pusing, bab emas mesti touch beb, bukan apa sbb skrg tengah havoc sana-sini citer emas. Haaaaarr tapi kali ni bukan tips emas tapi info emas.


Malam tadik kat link KITCO antara kul 1 - 2 pagi, tak hengat aku ...... harga komoditi emas mencanak-canak naik bagai di jentik-jentik, dijolok-jolok. Kuang ajaq tuh.


Suka aaaar rakan-rakan emas aku termasuk boss aku yang main online sbb da pump haritu, kira cam nunggu ngutip hasil je la ......tapi boss aku .... huh kudukut ........


Akuuuuuuu pulak dan korang semua ...... tengok jela .... nak lock ....takut la plak ..... kata hati biar dia turun sikit aarrrr ...... hiihihi tah bila la tuh. 


Ikut statistik, emas akan terus naik secara perlahan dari sekarang dan akan mula mendatar kembali pada hujung bulan ini atas masalah komoditi dunia. Apa???Turunnnnn??? .... macam tak nampak jek ........


Pesan emak dan orang tua-tua ..... x rugi simpan emas sbb emas sentiasa naik. EErrrmm btol gak tuh. 


So bak kata aku, berfikir dan bertindak, kalu fikir banyak kali pun tapi tak bertindak, sampai bila pun takan ada perubahan.


FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL.

Tuesday, February 15, 2011

PERBEZAAN 2 PRODUK SIMPANAN EMAS MAYBANK DAN PUBLIC BANK

Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank


info dari jutawan emas

Selain membeli emas fizikal, kini anda boleh membeli emas menggunakan akaun simpanan emas.
Di Malaysia terdapat 2 bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:
1. Public bank – Gold Investment Account (GIA)
2. Maybank – Gold Saving Passbook Account (GSPA)

Saya telah pergi ke Public Bank dan Maybank untuk mendapatkan maklumat mengenai skim simpanan emas dan ingin berkongsi maklumat ini dengan anda.

Mari kita lihat satu persatu:

1. Public Bank Gold Investment Account.

Public Bank menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas (Gold Investment Account).
Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberikan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.
Untuk membuka akaun ini, anda cuma pergi ke cawangan Public Bank yang berhampiran. Jumpa pegawai customer service dan beritahu bahawa anda ingin membuka akaun gold investment.
Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram
Sebagai contoh, jika harga semasa emas ialah RM100/gram, maka anda kena sediakan RM2000 sebagai permulaan. Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa. Untuk melihat rate harian anda boleh tengok link ini:
Jika anda hendak mengeluarkan wang (istilah: menjual kepada bank ) maka bank akan mengira jumlah gram emas dalam akaun anda darab harga jualan bank.
Contohnya.
Katakan rate pada 1 Julai 2008 ialah:
harga jualan emas = RM98 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM95 per gram (harga bank beli daripada anda)
Jika anda hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar RM98 x 5gram = RM490
Jika anda menjual 5 gram emas kepada bank,
maka bank akan membayar anda RM95 x 5 gram = RM475
Mengeluarkan emas fizikal.
Berdasarkan website Public bank, pelanggan akaun pelaburan emas ini boleh mengeluarkan emas tetapi mesti dengan nilai 100g, 500g dan 1000g Namun pelanggan terpaksa membayar kos insurans, penghantaran dan servis tax (jika ada).
(update: Public Bank tidak lagi menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal. Sila rujuk laman web public bank untuk maklumat lanjut)
Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.
Semasa saya ke Public bank untuk melihat harga emas (dalam lingkungan 13-23 Jun 2008)
Saya dapati harga jualan dan belian emas Public Bank adalah seperti berikut:
harga jualan = RM95.96 / gram
harga belian = RM 92.96 / gram
Ini adalah perbezaan RM3 antara harga belian dan harga jualan.
Perbezaan ini kecil dan menguntungkan pelabur.

2. Maybank Gold Savings Passbook Account.

Sebagaimana Public Bank Gold saving account, Maybank juga menyediakan akaun pelaburan emas.
Emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).
Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran.
Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram.
Bagaimana melihat harga emas harian Maybank?
Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml
Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.
Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan.
Pengeluaran emas fizikal.
Pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram.
Pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.
1. Saya dapati perbezaan harga belian dan jualan Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public bank.
Contohnya:
Pada 9 Jun 2008 semasa saya ke Maybank untuk melihat harga emas, saya dapati harga belian dan jualan emas Maybank adalah seperti berikut:
harga jualan = RM99.81 / gram
harga belian = RM92.36 / gram
bersamaan 7.464% ! agak tinggi bagi saya.
 Justeru itu, saya mencadangkan agar anda membuka akaun simpanan emas dengan Public bank berbanding Maybank.
Kebaikan akaun simpanan emas:
1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank.
2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.
3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.
Kelemahan:
1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.
2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.
3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.
4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.
Kesimpulan.
Bagi anda yang ingin menyimpan emas secara sedikit-sedikit, anda boleh melabur menggunakan akaun simpanan emas. Ianya mudah. Walaupun saya lebih menggemari emas fizikal, namun membeli wang dengan kaedah ini pun ok juga.
Semoga maklumat ini membantu anda untuk menyimpan emas.
Laman web rujukan:

ULASAN DARI SAYA http://norhairulabuhasan.blogspot.com 

Kedua-dua simpanan tersebut adalah baik, jika saya diberi pilihan, saya akan memilih Maybank kerana itu yang saya mampu setakat ini kerana permulaan penyimpanan (buka akaun) rendah.
  • Apa yang penting fikir dan bertindak. Jangan sentiasa berfikir tanpa melakukan sebarang tindakan. Rugi kita nanti.
  • Bermula mengikut kemampuan kita, jangan mengikut kemampuan kawan-kawan kita.
  • Sentiasa belajar dan banyak bertanya tentang ilmu emas.

Pengiraan Zakat Emas

Difailkan dibawah: 
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Info terkini : zakat.com.my 
Berzakat Menyucikan Harta Dan Jiwa

Saturday, February 12, 2011

Perlu atau sebaliknya ....... PPA (Penilaian Prestasi Anggota)

Hehhehehhe berkobar-kobar menceritakan keadaan semasa di pelbagai lokasi yang telah, sedang dan akan dijalankan. Ada perasaan simpati terhadap sahabat-sahabat yang akan menjalani sessi tersebut.

Yang tak bestnya ..... ada lokasi mengikut kreteria sepertimana yang dimahukan oleh Jabatan dan syarikat, tapi dalam masa yang sama ada juga yang lari dari kreteria-kreteria tersebut.

Yang telah beria-ia menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun ada ketikanya langsung tak dipandang malah dikomen pulak dengan alasan yang tak masuk dek akal. Antara alasan yang diberikan "itu da kerja awak" ...... hahahahha pergghhh berapi beb bila kena macam tu.

Yang tak beria-ia menunjukkan prestasi sepanjang tahun tapi nak rasa gak rating terbaik PPA kira macam malu-malu kucing jek bila direkemen then konon macam dia yang terbaiklah bila rekemen tu dipersetujui, walaupun dia sedar MC / Cuti Kecemasan atau rekod lewat hadir tugas terlalu banyak diberikan kepadanya. Lu pikirrrrr la sendiri .......

Walabagaimana pun apa yang penting rezeki ditangan Allah s.w.t cuma kita yang diberi akal untuk menentukan kedudukan kita, samada perlu berusaha atau sekadar cukup dengan apa yang diberikan.

Kepada rakan-rakan saya, Selamat berjuang.

Walla hu alam.

Sunday, February 6, 2011

kepada editor : mohon share info ini ......terima kasih.


GCP vs PG???


GCP vs PG?? Nampaknya semakin panas isu-isu antara GCP dan PG yang timbul, memandangkan 2 syarikat ini merupakan antara yang terkemuka sebagai pembekal emas di Malaysia. Post ini bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak, cuma untuk mengkaji keberkesanan produk, servis dan juga feedback dari dealer2 yang terlibat secara langsung.
1. Bayaran minimum untuk menjadi dealer
Untuk GCP, yuran minimum adalah RM600 tetapi dealer tidak mendapat apa-apa di atas bayaran tersebut. Amaun ini adalah kos pendaftaran seumur hidup GCP.
Bagi PG pula, bayaran minimum untuk menjadi 'normal dealer' adalah RM20k, yang mana wang itu adalah pembelian emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas.
2. Perbezaan produk GCP dan PG
Mengenai produk pula, GCP menawarkan produk-produk emas 999 bermula dari dinar GCP, rantai tangan pelbagai berat, PAMP Suisse 5g, 10g, 20g , 50g, 100g, 500g dan 1000g, dan yang terbaru gold bar GCP 10g dan 20g.
PG menawarkan gold bar 20g, 50g, 100g dan 250g, silver bar 250g, 500g dan 1kg, public dinar 1D, 5D dan 10D, dan juga barang-barang kemas Public Jewellery.
3. Komisen agen atau dealer
GCP menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.
Bagi PG pula, komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.
4. Overriding Introducer/Master Dealer
Overriding GCP adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.
Bagi PG, overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.
5. Perbezaan harga GCP dan PG

Harga website GCP, ini adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price. PG pula, harga dealer adalah 1-2% less than web price. Anda bandingkan, harga dan spread.. wang anda, pilihan anda..
6. Buying procedure
GCP hanya mengemaskini harga setiap hari sekali, 10:00 am. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.
PG mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.
7. Service provided
GCP menawarkan penghantaran ke pintu rumah, belian balik dan modal seandainya dealer ingin 'buyback' dari customer.
PG pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up oleh dealer sendiri.
Kesimpulan
Sebagai seorang pembeli atau penyimpan, semestinya kita inginkan emas yang memenuhi kriteria impian kita. Namun, kepada pembekal seperti GCP dan PG, haruslah diingat, dealer dan customer anda terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, tahap pendidikan dan latar belakang. So, semua dealer pasti mengharapkan tahap professionalism yang tinggi daripada pembekal sama ada dari sudut kos pendaftaran, kemampuan menyediakan stok, kebajikan para dealer dan perkara-perkara yang berkaitan. 
Bagi introducer/Master dealer pula, jalankanlah tanggungjawab anda sebagaimana diamanahkan. Ternyata memang ada introducer/Master Dealer yang langsung tak ambil pot hal dealer-dealer mereka. Kepada GCP dan PG, sila monitor dealer-dealer anda agar menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik.
Dari sudut peribadi pula, saya merasakan GCP mengambil tindakan bijak dengan melancarkan produk goldbar 10g dan 20g mereka pada ketika PG menutup jualan goldbar mereka.
Jangan sampai ada orang bertanya "Kenapa ramai dealer kita join company tu??".
Ini adalah pandangan peribadi saya, sekadar mencerahkan pandangan orang awam ke atas isu2 antara dealer. Pada saya, yang penting adalah untuk membeli dan menyimpan emas. Seandainya ada pandangan yang berbeza, sila komen... no heart feelings!!
Buat yang baru dan mahu mengenali emas, sama ada GCP atau PG, boleh contact saya di 019 4738023 atau hubungi saya di FB (seehan77@yahoo.com). 

Saturday, February 5, 2011

NOR HAIRUL ABU HASAN (Dealer No : ad1331)

BERMINAT MENJADI PENGEDAR EMAS GCP? 

KEUNTUNGAN LUMAYAN.


1. Sila layar http://www.gcp.com.my/.
2. Klik REGISTER sebelah kanan.
3. Diperkenalkan oleh (NAMA): Nor Hairul Abu Hasan
4. Diperkenalkan oleh (ID): ad1331
5. Kemudian klik semak.
6. Masukkan butiran peribadi anda.
7. Pendaftaran akan diproses dalam tempoh 24 JAM SELEPAS BAYARAN diterima.
8. Sila masukkan bayaran ahli RM1000 (Set Lengkap Berniaga Emas) atau RM600 (Tanpa Set Lengkap Berniaga Emas).
9. Masukkan duit ke akaun GoldCrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) akaun MAYBANK 505103003954
10. EMAIL Slip Bayaran ke sales@gcp.com.my.
11. Sila CALL PENGARAH URUSAN EN. ROZINI ROSDIN 019-3777554 untuk pengesahan BAYARAN AHLI ANDA.

Mudah dan murah lagi menguntungkan.

Terima Kasih.